Thursday, July 26, 2018

Menonton Siaran Free To Air Melalui Satelit Chinasat 11


Khas untuk peminat TV satelit yang ingin menonton channel Ninmedia (Indonesia) kini siaran tersebut boleh diterima menerusi satelit chinasat 11.
Apa yang perlu anda lakukan ialah,
1. Mempunyai 1 penerima satelit DVB S2, yang mendukung (support) mpeg2, mpeg4 atau HD.
Jenama yang di cadangkan saya, 1. Open Box S9/S10, Freesat V7, Skybox, Matrix, 
2. Satu antena dish (contoh; piring astro, ataupun dish jaring yang menggunakan LNB Ku Band.
3. Halakan dish antena ke barat sekitar 74.2 darjah (mengikut kesesuaian loglitud sesuatu tempat).
loglitud boleh diketahui melalui applikasi dari google play, satellite finder,Ikut arahan aplikasi tersebut, 
Gunakan TV sebagai monitor untuk melihat kekuatan isyarat yang diterima dari satellite.
Sebelum itu masukan frekuensi dan simbol rate pada seting penerima satellite anda dan pastikan frkuensi LNB sesuai untuk mendapat siaran, Frekuensi boleh didapati melalui lyngsat.com

Thursday, July 19, 2018

Penerima satelit

Penerima satelit ialah alat untuk mendapat siaran TV atau radio melalui isyarat dari satelit. Contohnya siaran TV yang disiarkan oleh ASTRO, semua siaran ASTRO di pancarkan melalui satelit Measat. Semua siaran ini perlu dilanggan dari pihak ASTRO dengan bayaran mengikut chanel yang kita pilih.
Walaupun begitu ada penerima satelit yang dapat menerima siaran secara percuma seperti siaran dari Satelit Palapa-D, Asiasat, Chinasat dan lain-lain satelit. Apa yang diperlukan ialah penerima satelit dan antena satelit yang berbentuk piring. Semakin besar ukuran piring semakin kuat isyarat yang di terima.